Kamis, 06 Maret 2014

Penyampai Berita Umum Letak Jawatan Di Depan TV


Penyampai Berita Umum Letak Jawatan Di Depan TV - Maine : Dua penyampai televisyen untuk rancangan WVII di ABC, mengejutkan penonton apabila mereka mengumumkan meletak jawatan ketika mengakhiri rancangan berita petang.
Cindy Michaels dan Tony Consiglio, mengumumkan keputusan berkenaan susulan perbalahan dengan pihak pengurusan mengenai amalan kewartawanan.
“Malam ini merupakan malam terakhir saya dan Tony menyampaikan berita di stesen ABC ini.
“Selepas enam tahun, ia merupakan sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat berkongsi berita dengan anda,’’ kata Cindy.
Sementara Tony pula memberitahu, perletakan jawatan itu merupakan jalan terbaik yang perlu mereka lakukan.
Bagaimanapun alasan kenapa mereka meletak jawatan hanya dimaklumkan kepada pihak media sebaik pengumuman berkenaan dilakukan.
Dalam kenyataannya kepada Bangor Daily News, Cindy berkata, pihak pengurusan tidak menghormati kakitangan dan memperkecilkan mereka.
“Kami merasakan bahawa pihak pengurusan kurang pengetahuan dalam mengendalikan laporan berita. Sebagai pengarah berita saya tidak dibenarkan untuk mengstrukturkan semula dan mengarah mereka secara professional.
“Saya tidak dapat melakukan kerja saya dan kami diminta melaporkan berita yang tidak seimbang,’’ katanya.
Cindy memaklumkan dia akan meneruskan kariernya sebagai penulis dan akan menulis sebuah novel manakala Tony pula akan meneruskan kariernya dengan syarikat lain.
Pihak pengurusan stesen berkenaan bagaimanapun menafikan dakwaan Cindy, sebaliknya memaklumkan ABC telah melakukan banyak perubahan sepanjang 18 bulan lalu.
“Pihak pengurusan tidak terbabit dalam pengtinjauanan berita setiap hari. Kami melakukan perubahan dengan pantas.
“Kadang kala seseorang itu meninggalkan kerjaya mereka kerana diminta berbuat demikian,’’ kata Naib Presiden dan Pengurus Besar WVII, Mike Palmer. – MyNewsHub

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!