Selasa, 17 Desember 2013


  • Malaysiakini Okt 23 2013
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri mensasarkan pembinaan sejumlah 35,000 unit rumah mampu milik menjelang 2018.

Menurutnya lagi, jumlah tersebut turut meliputi 5,000 unit rumah mampu milik yang dibina dan diselaraskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di bawah Skim Rumah Selangorku dengan geran sebanyak RM100 juta menggunakan wang rezab negeri.

NONEKatanya, rumah tersebut bakal dibina dengan menggunakan teknik lebih jimat, cepat dan mengurangkan tenaga kerja demi memastikan golongan berpendapatan rendah dan sedehana memilikinya.

Bercakap dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid berkata rumah tersebut akan dibina dengan keluasan menimum 800 kakipersegi dan dijual pada harga tidak melebihi RM150,000 seunit.

"Selain untuk dijual kepada golongan berpendapatn rendah dan sederhana, LPHS juga akan membuat kajian untuk membina 1,700 unit rumah mampu milik untuk disewa yang akan memberikan hasil kepada kerajaan negeri.

"Kita berpandangan bahawa perumahan yang selesa dan mampu milik merupakan keperluan mendesak dan perlu disegerakan terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mana peluang untuk membeli rumah agak terhad dan terbatas," katanya.

Pengumuman itu timbul susulan memorandum oleh Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang antara lain mendesak kerajaan memberi sokongan melalui dana khas perumahan rakyat untuk membangunkan rumah mampu milik dengan skala besar.

Sehubungan itu, BBC mencadangkan sejumlah RM100 juta diperuntukkan kepada LHPS untuk memberdaya agensi itu untuk menyediakan rumah mampu milik dengan kualiti kehidupan untuk rakyat.

Mengulas lanjut Khalid berkata pihaknya juga telah mengenal pasti tapak di seksyen 16 Bandar Baru Bangi sebagai projek perintis dengan menggunakan teknik tersebut dan pembinaannya dijangka bermula tahun depan.

Khalid juga berkata pihaknya bersama dua exco dan Pengarah LPHS Norzaton Aini Mohd Kassim melawat syarikay Bright Pre- Caster Compony Limited di Bangkok semalam yang menggunakan teknologi robot untuk menghasilkan komponen bagi membina rumah tersebut.
"Kita juga sedang melihat peluang untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pengilang tempatan yang berupaya membekalkan komponen pre-fabricated ini kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek perumahan mampu milik ini," katanya.

Pihaknya juga akan melawat projek perumahan di negara ini yang menggunakan kaedah yang sama bagi mendapatkan maklumat dan kerjasama yang boleh diadakan.

Categories: , , , , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!