Seorang wanita, Carole French, mengalami mimpi ngeri apabila berat badannya tetap 38.10 kilogram (kg) meskipun dia makan pelbagai makanan.
Ibu dua cahaya mata itu merupakan salah seorang daripada dua individu di dunia yang dikesan mengalami masalah badan mereka tidak boleh menyimpan lemak.
Disebabkan terlalu kurus, French, 50, perlu memakai pakaian saiz kanak-kanak berusia 10 tahun. Menurutnya, ekoran badannya yang terlalu kurus, orang ramai menganggap dia menghidap anoreksia.
"Saya makan seperti seekor kuda. Saya tidak pernah tidak makan," katanya.
Dia berkata, ramai orang memberitahunya bahawa dia seorang yang bertuah kerana tubuhnya yang kurus.
Semasa dia berumur 13 tahun, berat badannya cuma 25.40kg menyebabkan ibu bapanya berasa yakin dia mengalami masalah pemakanan.
sumber: kosmo, dailymail.co.uk
0 komentar:
Posting Komentar