Kamis, 06 Februari 2014

sinarharian
16 Mei 2013
Nik Aziz
(Dari kiri) Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Khalid Ibrahim
KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan menjadi dua individu penting yang menjadi faktor utama  Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan Selangor dan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Demikian dapatan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang dikongsi pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, hari ini.

"Walaupun orang itu kata beliau layak, ini kata layak tetapi hakikatnya Abdul Khalid yang menyumbang kepada kemenangan PR di Selangor," katanya dalam Seminar Pasca PRU13 : Ke Arah Mana Politik Malaysia.

Dalam bancian yang dilakukan Umcedel, Khalid menerima undian lebih 60 peratus selepas September 2012 yang merumuskan personaliti beliau menyebabkan rakyat Selangor terus memilih PR untuk mentadbir Selangor.

Baru-baru ini timbul konflik sebelum Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal yang kedua pada Selasa lalu.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Adun PKR Selangor secara terbuka menyatakan bantahan terhadap pentadbiran Abdul Khalid sebelum ini.

Bagaimanapun, pucuk pimpinan PR sudah memutuskan, Abdul Khalid perlu terus menjawat jawatan itu.
Secara keseluruhannya keputusan PRU13 menyaksikan PR Selangor memenangi lapan kerusi Dun tambahan menjadikan 44 kerusi Dun di Selangor, berbanding 36 kerusi yang dimenangi pada PRU12, 2008.
  
Bilangan kerusi Dun yang dimenangi oleh BN pula berkurang menjadi 12 berbanding 20 kerusi yang dimenangi pada 2008.

Sementara di Kelantan pula, personaliti Nik Aziz itu menjadi faktor utama kemenangan Pas di negeri itu walaupun BN memberikan saingan yang sengit.

"Walaupun Pas merosot di Kelantan tetapi faktor Nik Aziz sehingga 86 peratus," katanya.

Categories: , , , , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!