Rabu, 05 Februari 2014


Jet Tentera Syria Bom Stesen Minyak
Jet Tentera Syria Bom Stesen Minyak - BEIRUT : Sebuah jet pejuang tentera Syria mengebom sebuah stesen minyak berhampiran Damsyik semalam menyebabkan berpuluh-puluh orang terbunuh dan cedera.
Ia merupakan serangan yang terburuk dalam konflik yang berlanjutan selama 22 bulan.
Beberapa aktivis yang menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata, sebuah jet pejuang MiG buatan Rusia melakukan serangan itu dengan menggunakan peluru berpandu.
Menurut mereka, stesen minyak itu kemudian terbakar di bandar Mleiha.
Sebuah video amatur di internet menunjukkan sekurang-kurangnya 10 mayat bergelimpangan di stesen tersebut dengan sejumlah anggota badan manusia bertaburan.
Dalam kejadian berasingan, satu serangan udara tentera dilancarkan di bandar Moadamiyet al-Sham, barat daya Damsyik mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Untuk Syria.
Kebanyakan daripada mangsa merupakan kanak-kanak daripada ahli keluarga yang sama.
Pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tentera Bashar bermula sejak Mac 2011.
Lebih 43,000 terbunuh dalam konflik itu.
Para penentang itu menuntut Bashar meletakkan jawatan kerana mereka tidak berpuas hati dengan pentadbirannya yang tidak membawa pembaharuan sejak kebangkitan penduduk berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. – Agensi

Categories: , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!